Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera warga pendakiبِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Fuhh.. berhabuk sudah blog. Lama tak update. Biasalah gugu busy sket lately. Alhamdulillah pagi ni di beri kesempatan masa untuk berkongsi dengan anda semua perjalanan kami ke Betong bagi merealisasikan impian mengejar awan karpet di Gunung Silipat. Trip kali ini adalah seramai 18 orang iaitu Aku, Abglong Slay, Ck, Laila, KTim, A.Izu,Tello, Ikin,Wan,Anis,Mira,Wani,Thira, KFara,KFida,Wennie & Alvin.
Pada awalnya, untuk trip 2 hari,kami hanya merancang untuk lepak2 di campsite Gunung Silipat dan mandi manda di Air Terjun Raja 9 sahaja. Tetapi memandangkan jika ikut tentatif asal, terlalu awal kami akan sampai ke campsite dan seperti tentatifnya agak bosan, so aku sebagai gogo merombak balik tentatif agar trip ini menjadi sedikit 'fun'. Atas pertolongan seorang kawan (poksid) yang telah ke gunung silipat seminggu sebelum tarikh trip kami, jadi tidaklah terlalu sukar bagi aku untuk menyusun semula perjalanan masa trip kami agar semua tempat best di Betong nanti sempat kami singgah.
Memandangkan perjalanan trip kali ini agak jauh, kami berpakat untuk bergerak sedikit awal kerana jalan selepas tol kuala kangsar adalah jalan kampung dan sedikit gelap. Pada Jumaat malam, lebih kurang jam 10.30 mlm, kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur terus ke Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Perak. Mengikut waze, perjalanan kami akan mengambil masa lebih kurang 4jam lebih (non-stop). Jadi, kami target sebelum subuh kami akan sampai ke Masjid PH dan sempat berehat sebentar.
Pada jam 12.20am kami tiba di RNR Tapah.Buang apa yang patut, menghirup kopi dan mengisi perut yang berbunyi dari tadi. Selepas hampir 1 jam lebih membuang masa di RNR Tapah, kami meneruskan perjalanan dan jam 4.20am Alhamdulillah kami selamat tiba di Masjid Pengkalan Hulu. Masjid yang besar, selesa dan sangat bersih. Sempatlah kami berehat seketika sebelum azan subuh berkumandang. Nak sarapan pagi pun senang, kedai roti canai tu depan masjid je. Buka awal pagi jugak dalam pukul 7. Balai Polis Pengkalan Hulu pun tak jauh. Betul-betul belah kanan Masjid PH. Petronas pulak belah kiri Masjid PH. Strategik.
Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Perak
Pakcik dan abang ni pagi2 dah kalut tebar roti canai sebab geng kami awal2 pagi dah serbu mintak roti😆. Sampaikan makcik kantin pun pening ambik order air. 2 3 kali jugak la salah hantar air kat kitaorang 😆
Selesai je makan, 7.30am kami gerak ke Balai Polis PH untuk mengisi borang 'PERMOHONAN KEBENARAN UNTUK MASUK KENDERAAN MAS KE THAI'. Borang ni perlu di isi oleh pemilik kereta sahaja (jika pemilik membawa salinan geran). Jika pemilik membawa geran asal, maka tak perlulah mengisi borang masuk kenderaan ni. Jika pemandu kereta membawa kereta bukan miliknya, perlu menulis surat kebenaran daripada pemilik kereta (contoh surat nanti boleh google je). Borang Kebenaran dan salinan geran yang telah di cop di Balai Polis ni sangat penting masa korang melalui imigresen MAS dan Thai nanti. Jadi, silalah simpan elok-elok.
5 minit sebelum pukul 8.00am kami mula bergerak menuju ke Kompleks Imigresen Bukit Berapit.
Disini nanti korang kena standby semua passport penumpang untuk di cop. Pastikan semua cermin tingkap kereta di buka semasa kereta melalui kaunter imigresen.
Lepas imigresen MAS, korang akan melalui Kastam MAS pulak. Lalu nanti perlu tunjukkan geran kereta asal atau salinan geran & Borang Keluar yang telah dicop Balai Polis PH tadi tu. Proses keluar Malaysia Alhamdulillah sangat mudah tapi proses nak masuk Thai memanglah banyak cekadak. Biasalah banyak karenah Birokrasi.
Sebelum masuk kawasan Thai (Selepas kastam Malaysia), korang boleh la singgah di kedai zon bebas cukai & bergambar di Memorial Tragedi Kroh/Betong. Ramai askar-askar kita yang telah terkorban dalam tragedi peperangan dengan komunis dulu.
Haaa.. bila korang dah masuk kawasan 'KINGDOM OF THAILAND' ni, harap korang ada kesabaran yang tinggi lah. Selamat membuang masa dan duit di sini ye😏. Park kereta anda dan silalah beratur untuk cop passport dan mengisi borang 'Information of Conveyance' dan 'Passenger List' (sila rujuk contoh lampiran di bawah)
Di sinilah bermula nya masa dan duit korang terbang begitu saja. Kalau korang tak selit RM2 kat passport pun, dia tetap akan mintak. %$@#$* (maki dlm hati je)
Ni laa borang2 yang korang kena isi kat imigresen Thai ni. Borang 'Passenger List' tu mintak ngan kaunter 2 helai ye. Senang nanti balik ke MAS korang tak perlu buang masa isi benda yang sama. Nanti keratan resit yang kecik tu korang kena simpan baik-baik untuk tunjuk masa balik nanti.
Dah siap isi semua borang, korang kena beratur di kaunter 'CHECK IN'. Sila bawak passport, salinan geran dan borang2 tadi. Kat sini pun korang tak terlepas dari kena pau ngan jilaker. RM2-10 tu standby jelah. Kalau korang bernasib baik kena ngan staff yang tak makan duit harey, selamat la poket korang. Ahahahahaha. Baca lah Bismillah banyak kali moga korang berurusan dengan orang yang betul dan ikhlas. Kalau korang still pening, jangan malu2 tanya kt staff yang kehulu kehilir kt tepi2 tu. Cakap BM pn dorang faham. heee. Make sure 'Info of Convey; tu di cop kt kaunter ye!
Ok. Selesai urusan di imigresen Thai, korang boleh ambik kereta terus ke Custom Thai plak dan terus park kereta kt sana. Tuan kereta kena turun bawa geran kereta asal / salinan geran& borang keluar yang telah dicop Balai Polis PH tadi ke kaunter custom Thai. Kat sini nanti pun korang kena pau RM2. Jilakerr (maki dalam hati je). Nanti dia akan print 2 borang (Custom Declaration Form). 1 borang kita simpan, 1 lagi bagi dia dan dia minta kita sign di buku.
Fuhh.. selesai proses imigresen kastam Thai ni lebih kurang 2-3 jam jugaklah. hampeh. Tapi korang akan rase sekejap je sebab jam di Thailand adalah 1jam awal daripada jam di Malaysia😂
Ok sampai sini dululah aku share dengan korang. Nanti perjalanan dari custom thai sampai la ke silipat aku akan sambung story aku di Part 2 ye..
So stay tuned!💗💗💗💗💗
http://jejakagadisgunung.blogspot.com/2019/08/trip-gunung-silipat-betong-thailand-27.html
No comments:
Post a Comment