Memandangkan trip kali ni adalah open trip, so kami namakan kumpulan kami sebagai ‘Hood Hikers’ (Itu tak bermakna aku dh berpecah dgn JnG ye. Korg jgn mcm2). Hood Hikers ni sebenarnya lebih kepada trip siput & santai2 yang memberi peluang kepada semua pendaki tak kira level apa untuk sama2 menyertai trip kami tanpa perlu berkeluh kesah. (Aku cakap mcm ni jgn ingt korg tak perlu training plak weh๐). So gabungan trip kali ini adalah JV antara JnG & HH
Ok! Berbalik kepada sambungan cerita perjalanan trip gunung silipat Part 1, story penuh kali ini adalah meliputi perjalanan kami selama 2 hari berada di Betong, Thailand. Wang Baht yang aku bawak 1000baht. Cukupla untuk duit makan dan shopping kt Pekan Betong tu (terlebih pun ada). Kalau korang tanya aku perlu ke tak convert duit tu? Itu terpulang kt korang sebab Betong terima je duit RM tapi korang rugilah sebab duit kita sekarang kecik. Melainkan korang tu anak orang ada2, guna jelah duit RM tu hoii.
Setelah selesai urusan kastam & imigresen, kami terus ke Pekan Betong. Memakan masa lebih kurang 15-20 minit sahaja. (Jalan straight je dari custom Thai)
Pekan Betong
Masuk Thai, korang tak perlu aktifkan roaming. Mahal kot. Kt Pekan Betong ni, macam2 pakej simcard Thai korang blh pilih. Murah. Untuk trip 2hari, aku pilih yang 30Gb 180baht (RM25). Yang ni korang blh share hotspot ngan geng carpool korang. Macam aku, share 4 orang. So 45baht je seorang. Internet dia laju boleh guna sampai peak Silipat nanti. Pastikan ada antara korang yang bawak smartphone lebih so boleh pakai sebagai hotspot. Kalau tak, haukkk bateri hp korang nanti melainkan powerbank korang tu fully charged beribu ribu mAh๐
Jam 11.45am (waktu Thai), kami menuju ke Piyamit Tunnel (Bekas Pangkalan Komunis). Sebagai Anak Malaysia, tempat ni korang wajib lawati kerana di sinilah Markas Komunis Chin Peng bertapak. Mengambil masa lebih kurang 30min dari Pekan Betong. Piyamit Tunnel adalah salah satu sistem terowong yang terletak di Tano Maero, Betong. Ia merupakan jaringan terowong sepanjang 1 KM yang telah dibina pada tahun 1977 oleh 50 anggota komunis. Terowong ini mengambil masa selama 3 bulan untuk disiapkan secara manual, iaitu tanpa penggunaan jentera. Lebarnya dianggarkan 5ft, dan mampu memuatkan tempat tidur,stor dan lain-lain ruang untuk memberikan perlindungan kepada gerila-gerila komunis disitu.
"The Malaysian Army's Battle Against Communism - Insurgency In Peninsular Malaysia 1968-1989".
Laluan jalan membukit ke Piyamit Tunnel
Pintu Gerbang Piyamit Tunnel
Kaunter Tiket Foreigner (RM8 / 60baht)
Laluan bertangga sebelum sampai ke Piyamit Tunnel. Berpeluh jugaklah nak sampai
Laluan didalam terowong. Terdapat banyak pintu keluar (Exit)
Parti Komunis Malaya (PKM) bercita-cita untuk menegakkan sebuah kerajaan komunis di Semenanjung Tanah Melayu sebaik tamat Perang Dunia ke-2. Setelah gagal dalam pemberontakan pertama yang dikenali sebagai Darurat (1948-1960), gerila-gerila komunis menyembunyikan diri ke Selatan Thai bagi mengelak dari di buru pasukan keselamatan Malaysia.
Piyamit Histories Museum
Assembly Area |
Thousand Tree (Pokok paling besar disini)
Disana, terdapat kesan tembakan meriam (peluru meriam yang sangat besar, lupa nak snap) yang dilakukan oleh Pasukan Tentera Malaysia dan Thailand yang menyerang puak Komunis Malaya yang berlaku sekitar 1977.
Tepat Jam 1.10pm, perut kami sudah berkeroncong minta di isi. Walaupun di pintu masuk Piyamit terdapat gerai makan, tetapi kami tekak melayu ni mengidam nak makan Tomyam dan nasi. Setelah berbincang, kami berpatah balik ke Pekan Betong untuk menikmati juadah makan tengah hari di Hafis Seafood (boleh waze). Tempat ni adalah terletak di kawasan melayu islam dan tempat ini agak terkenal di kalangan pelancong Malaysia.
Paling menarik di Hafis Seafood adalah air tebu nya. Memang rare!๐๐๐๐
Tapiiiii ape yang sangat tak menariknya disini adalah emmmm servisnya yang lembab! Nasib baik la kami ni punya kesabaran yang agak tinggi ahahahaha๐๐๐
Disebabkan menunggu makanan agak lama, tentatif aku untuk hari itu turut haukk. Hampir 2jam jugak la delayed. Tapi apakan daya, Nak marah, perut lapar hoi. Sabar je lah. Habis je makan, kami terus ke destinasi seterusnya, iaitu Masjid Damrongsat yang berdekatan dengan rumah guide yang mengambil masa lebih kurang 35minit daripada Hafis Seafood.
Park kereta di Masjid Damrongsat dan 4wd kutip kami di sini☺
Jam menunjukkan pukul 4.30pm. Kami solat jamak disini dan bersiap sedia untuk ke Gunung Silipat. Hujan tidak begitu lebat tetapi mengingatkan keadaan jalan masuk ke starting point tu agak licin jika hari hujan hati aku tiba-tiba sedikit berdebar. Cool la beb! (depan line up kan๐๐) Perjalanan menaiki 4wd dari Masjid ke starting point Gunung Silipat mengambil masa lebih kurang 45minit.
Akan tetapi, nasib kali ini tidak menyebelahi kami, setelah baru 15minit perjalanan, 4wd yang kami naiki hampir terbalik. Dalam suasana riuh dan takut di mana pemandu 4wd memberi arahan supaya semua orang di belakang turun dengan segera, Aku tak tahu nak menangis ke nak gelak melihat reaksi muka kawan-kawan aku ketika itu. Ada yang cuak tak tahu nak turun ke nak menangis dan tak kurang jugak ada yang kusyuk membaca doa makan! Ahahahahahaha turun-turun la hoii!!
Memandangkan keadaan jalan yang tidak mengizinkan, kami terpaksa mengangkat beg masing-masing dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki menyusuri kebun-kebun durian Muntong. Durian Muntong ni adalah antara durian termahal di Betong.
Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit ke Campsite bertambah menjadi hampir 2jam untuk ke Campsite. Penat walaweehh!
Setelah hampir Magrib, Alhamdulillah sampai jugak kami ke Campsite bersama si durian Muntong yang kami kutip di Kebun tadi (Guide yang bagi izin ok!). Thanks Kak Farah yang bersusah payah mengendong durian ni sampai ke atas ahahahahaha๐
Trip kali ini tak perlu bersusah payah bawak ration. Semua di sediakan oleh Guide. Kami hanya bawak diri dan 'Sleeping Bag' sahaja. Menu untuk malam itu adalah Nasi Paprik sedap dan Bbq.
Disebabkan hujan pada petang itu, misi 'Milky Way' melayan bintang di puncak pada malam itu pun musnah berkecai๐๐ญ... Jadi, kami pun hanya melayan bbq dan tidur memandangkan esok hari kami akan ke puncak pada awal pagi. Ops lupa. Di sini bayaran ke tandas adalah 10baht per entry.
Day 02 (28hb Julai 2019)
Tepat jam 5.00am, selesai subuh kami terus ke puncak.Walaupun masa yang di ambil dari campsite ke puncak hanyalah 10-15minit, tetapi kami bergerak awal pagi untuk menikmati sunrise dan awan karpet.Zam zam alaa kazammm
Breakfast! Lapar ke tu? Roti Bakar je๐ |
JnG & Hood Hikers |
Awan karpet kali ni malu-malu je nak keluar. Mungkin awek ramai sangat kot..๐ฃ
Kelihatan cuaca yang mula panas, jam 9.00am, kami beransur-ansur turun memandangkan banyak lagi tempat yang ingin kami lawati.
So disini, aku share kan sedikit tentatif selepas turun dari Gunung Silipat:
10.00am - Mula turun & Naik 4wd
11.15am - Tiba di Masjid Domrangsat, ambil kereta & bersiap untuk ke Air Terjun Raja 9
12.00pm - Tiba di Air Terjun Raja 9
02.00pm - Bergerak ke Mee Tempayan
04.30pm - Makan Durian Mutong di Iyerweng
05.00pm - Mula bergerak ke Pekan Betong untuk membeli belah
06.00pm - Singgah di Masjid Jamek Betong untuk Jamak Asar & Zuhur
06.45pm - Urusan Imigresen & Custom Thai
07.30pm - Solat Maghrib& Bergerak Pulang Ke Kuala Lumpur
Ni lah Air Terjun Raja 9. Best boleh mandi!
Lupa dah aku nama air ni! Korang wajib cuba. Haaa dan inilah mee tempayan! sedap. 1set 100baht. boleh makan 5 orang.
Landmark Kedai Mee Tempayan ni senang je. Depan kedai dia ada Tempayan besar. Lokasinya adalah sebelum Masjid Domrangsat tadi.
Alvin & Wennie |
Seterusnya kami singgah di gerai durian untuk menikmati Durian Muntong. Padu beb!
Thanks Alvin belanja!
Tengok isi dia ni..Perghhhh
Ni kat Imigresen Thailand. Nak balik dah.. |
Bye-Bye Thailand๐ญ
Alhamdulillah trip kami ke Gunung Silipat selesai dengan jayanya. Terima Kasih Semua. Pasti merindu kalian..๐
Bye bye Thailand Khapp! Semoga kita berjumpa lagi...๐
|