Thursday, 15 August 2019

⛰Trip Gunung Silipat, Betong Thailand 27-28 Julai 2019 (Part 2)

Assalamualaikum & Salam sejahtera hikers sekalian!

Memandangkan trip kali ni adalah open trip, so kami namakan kumpulan kami sebagai ‘Hood Hikers’ (Itu tak bermakna aku dh berpecah dgn JnG ye. Korg jgn mcm2). Hood Hikers ni sebenarnya  lebih kepada trip siput & santai2 yang memberi peluang kepada semua pendaki tak kira level apa untuk sama2 menyertai trip kami tanpa perlu berkeluh kesah. (Aku cakap mcm ni jgn ingt korg tak perlu training plak weh๐Ÿ˜‚). So gabungan trip kali ini adalah JV antara JnG & HH

Ok! Berbalik kepada sambungan cerita perjalanan trip gunung silipat Part 1, story penuh kali ini adalah meliputi perjalanan kami selama 2 hari berada di Betong, Thailand. Wang Baht yang aku bawak 1000baht. Cukupla untuk duit makan dan shopping kt Pekan Betong tu (terlebih pun ada). Kalau korang tanya aku perlu ke tak convert duit tu? Itu terpulang kt korang sebab Betong terima je duit RM tapi korang rugilah sebab duit kita sekarang kecik. Melainkan korang tu anak orang ada2, guna jelah duit RM tu hoii.

Setelah selesai urusan kastam & imigresen, kami terus ke Pekan Betong. Memakan masa lebih kurang 15-20 minit sahaja. (Jalan straight je dari custom Thai)



Pekan Betong


Masuk Thai, korang tak perlu aktifkan roaming. Mahal kot. Kt Pekan Betong ni, macam2 pakej simcard Thai korang blh pilih. Murah. Untuk trip 2hari, aku pilih yang 30Gb 180baht (RM25). Yang ni korang blh share hotspot ngan geng carpool korang. Macam aku, share 4 orang. So 45baht je seorang. Internet dia laju boleh guna sampai peak Silipat nanti. Pastikan ada antara korang yang bawak smartphone lebih so boleh pakai sebagai hotspot. Kalau tak, haukkk bateri hp korang nanti melainkan powerbank korang tu fully charged beribu ribu mAh๐Ÿ˜†

Jam 11.45am (waktu Thai), kami menuju ke Piyamit Tunnel (Bekas Pangkalan Komunis). Sebagai Anak Malaysia, tempat ni korang wajib lawati kerana di sinilah Markas Komunis Chin Peng bertapak. Mengambil masa lebih kurang 30min dari Pekan Betong. Piyamit Tunnel adalah salah satu sistem terowong yang terletak di Tano Maero, Betong. Ia merupakan jaringan terowong sepanjang 1 KM yang telah dibina pada tahun 1977 oleh 50 anggota komunis. Terowong ini mengambil masa selama 3 bulan untuk disiapkan secara manual, iaitu tanpa penggunaan jentera. Lebarnya dianggarkan 5ft, dan mampu memuatkan tempat tidur,stor dan lain-lain ruang untuk memberikan perlindungan kepada gerila-gerila komunis disitu.
"The Malaysian Army's Battle Against Communism - Insurgency In Peninsular Malaysia 1968-1989".


Laluan jalan membukit ke Piyamit Tunnel

 
Pintu Gerbang Piyamit Tunnel


Kaunter Tiket Foreigner (RM8 / 60baht)

 
Laluan bertangga sebelum sampai ke Piyamit Tunnel. Berpeluh jugaklah nak sampai


Laluan didalam terowong. Terdapat banyak pintu keluar (Exit)

Parti Komunis Malaya (PKM) bercita-cita untuk menegakkan sebuah kerajaan komunis di Semenanjung Tanah Melayu sebaik tamat Perang Dunia ke-2. Setelah gagal dalam pemberontakan pertama yang dikenali sebagai Darurat (1948-1960), gerila-gerila komunis  menyembunyikan diri ke Selatan Thai bagi mengelak dari di buru pasukan keselamatan Malaysia.


Piyamit Histories Museum

Assembly Area

Thousand Tree (Pokok paling besar disini)

Disana, terdapat kesan tembakan meriam (peluru meriam yang sangat besar, lupa nak snap) yang dilakukan oleh Pasukan Tentera Malaysia dan Thailand yang menyerang puak Komunis Malaya yang berlaku sekitar 1977.

Tepat Jam 1.10pm, perut kami sudah berkeroncong minta di isi. Walaupun di pintu masuk Piyamit terdapat gerai makan, tetapi kami tekak melayu ni mengidam nak makan Tomyam dan nasi. Setelah berbincang, kami berpatah balik ke Pekan Betong untuk menikmati juadah makan tengah hari di Hafis Seafood (boleh waze). Tempat ni adalah terletak di kawasan melayu islam dan tempat ini agak terkenal di kalangan pelancong Malaysia.

 
Paling menarik di Hafis Seafood adalah air tebu nya. Memang rare!๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹


Tapiiiii ape yang sangat tak menariknya disini adalah emmmm servisnya yang lembab! Nasib baik la kami ni punya kesabaran yang agak tinggi ahahahaha๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Disebabkan menunggu makanan agak lama, tentatif aku untuk hari itu turut haukk. Hampir 2jam jugak la delayed. Tapi apakan daya, Nak marah, perut lapar hoi. Sabar je lah. Habis je makan, kami terus ke destinasi seterusnya, iaitu Masjid Damrongsat yang berdekatan dengan rumah guide yang mengambil masa lebih kurang 35minit daripada Hafis Seafood.


Park kereta di Masjid Damrongsat dan 4wd kutip kami di sini☺

Jam menunjukkan pukul 4.30pm. Kami solat jamak disini dan bersiap sedia untuk ke Gunung Silipat. Hujan tidak begitu lebat tetapi mengingatkan keadaan jalan masuk ke starting point tu agak licin jika hari hujan hati aku tiba-tiba sedikit berdebar. Cool la beb! (depan line up kan๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†) Perjalanan menaiki 4wd dari Masjid ke starting point Gunung Silipat mengambil masa lebih kurang 45minit.


Akan tetapi, nasib kali ini tidak menyebelahi kami, setelah baru 15minit perjalanan, 4wd yang kami naiki hampir terbalik. Dalam suasana riuh dan takut di mana pemandu 4wd memberi arahan supaya semua orang di belakang turun dengan segera, Aku tak tahu nak menangis ke nak gelak melihat reaksi muka kawan-kawan aku ketika itu. Ada yang cuak tak tahu nak turun ke nak menangis dan tak kurang jugak ada yang kusyuk membaca doa makan! Ahahahahahaha turun-turun la hoii!!

Memandangkan keadaan jalan yang tidak mengizinkan, kami terpaksa mengangkat beg masing-masing dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki menyusuri kebun-kebun durian Muntong. Durian Muntong ni adalah antara durian termahal di Betong.

Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit ke Campsite bertambah menjadi hampir 2jam untuk ke Campsite. Penat walaweehh!



Setelah hampir Magrib, Alhamdulillah sampai jugak kami ke Campsite bersama si durian Muntong yang kami kutip di Kebun tadi (Guide yang bagi izin ok!). Thanks Kak Farah yang bersusah payah mengendong durian ni sampai ke atas ahahahahaha๐Ÿ˜†


Trip kali ini tak perlu bersusah payah bawak ration. Semua di sediakan oleh Guide. Kami hanya bawak diri dan 'Sleeping Bag' sahaja. Menu untuk malam itu adalah Nasi Paprik sedap dan Bbq.

Disebabkan hujan pada petang itu, misi 'Milky Way' melayan bintang di puncak pada malam itu pun musnah berkecai๐Ÿ˜๐Ÿ˜ญ... Jadi, kami pun hanya melayan bbq dan tidur memandangkan esok hari kami akan ke puncak pada awal pagi. Ops lupa. Di sini bayaran ke tandas adalah 10baht per entry.

Day 02 (28hb Julai 2019)

Tepat jam 5.00am, selesai subuh kami terus ke puncak.Walaupun masa yang di ambil dari campsite ke puncak hanyalah 10-15minit, tetapi kami bergerak awal pagi untuk menikmati sunrise dan awan karpet.


Zam zam alaa kazammm
Breakfast! Lapar ke tu? Roti Bakar je๐Ÿ˜‰


JnG & Hood Hikers




Awan karpet kali ni malu-malu je nak keluar. Mungkin awek ramai sangat kot..๐Ÿ˜ฃ

Kelihatan cuaca yang mula panas, jam 9.00am, kami beransur-ansur turun memandangkan banyak lagi tempat yang ingin kami lawati.

So disini, aku share kan sedikit tentatif selepas turun dari Gunung Silipat:

10.00am - Mula turun & Naik 4wd
11.15am - Tiba di Masjid Domrangsat, ambil kereta & bersiap untuk ke Air Terjun Raja 9
12.00pm - Tiba di Air Terjun Raja 9
02.00pm - Bergerak ke Mee Tempayan
04.30pm - Makan Durian Mutong di Iyerweng
05.00pm - Mula bergerak ke Pekan Betong untuk membeli belah
06.00pm - Singgah di Masjid Jamek Betong untuk Jamak Asar & Zuhur
06.45pm - Urusan Imigresen & Custom Thai
07.30pm - Solat Maghrib& Bergerak Pulang Ke Kuala Lumpur


Ni lah Air Terjun Raja 9. Best boleh mandi!


Lupa dah aku nama air ni! Korang wajib cuba. Haaa dan inilah mee tempayan! sedap. 1set 100baht. boleh makan 5 orang.


Landmark Kedai Mee Tempayan ni senang je. Depan kedai dia ada Tempayan besar. Lokasinya adalah sebelum Masjid Domrangsat tadi.

Alvin & Wennie

Seterusnya kami singgah di gerai durian untuk menikmati Durian Muntong. Padu beb!
Thanks Alvin belanja!


Tengok isi dia ni..Perghhhh

Ni kat Imigresen Thailand. Nak balik dah..
















Bye-Bye Thailand๐Ÿ˜ญ


Alhamdulillah trip kami ke Gunung Silipat selesai dengan jayanya. Terima Kasih Semua. Pasti merindu kalian..๐Ÿ˜

Bye bye Thailand Khapp! Semoga kita berjumpa lagi...๐Ÿ’•















Wednesday, 14 August 2019

⛰Trip Gunung Silipat, Betong Thailand 27-28 Julai 2019 (Part 1)

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera warga pendakiุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ٰู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู…ِ 

Fuhh.. berhabuk sudah blog. Lama tak update. Biasalah gugu busy sket lately. Alhamdulillah pagi ni di beri kesempatan masa untuk berkongsi dengan anda semua perjalanan kami ke Betong bagi merealisasikan impian mengejar awan karpet di Gunung Silipat. Trip kali ini adalah seramai 18 orang iaitu Aku, Abglong Slay, Ck, Laila, KTim, A.Izu,Tello, Ikin,Wan,Anis,Mira,Wani,Thira, KFara,KFida,Wennie & Alvin.

Pada awalnya, untuk trip 2 hari,kami hanya merancang untuk lepak2 di campsite Gunung Silipat dan mandi manda di Air Terjun Raja 9 sahaja. Tetapi memandangkan jika ikut tentatif asal, terlalu awal kami akan sampai ke campsite dan seperti tentatifnya agak bosan, so aku sebagai gogo merombak balik tentatif agar trip ini menjadi sedikit 'fun'. Atas pertolongan seorang kawan (poksid) yang telah ke gunung silipat seminggu sebelum tarikh trip kami, jadi tidaklah terlalu sukar bagi aku untuk menyusun semula perjalanan masa trip kami agar semua tempat best di Betong nanti sempat kami singgah.


Memandangkan perjalanan trip kali ini agak jauh, kami berpakat untuk bergerak sedikit awal kerana jalan selepas tol kuala kangsar adalah jalan kampung dan sedikit gelap. Pada Jumaat malam, lebih kurang jam 10.30 mlm, kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur terus ke Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Perak. Mengikut waze, perjalanan kami akan mengambil masa lebih kurang 4jam lebih (non-stop). Jadi, kami target sebelum subuh kami akan sampai ke Masjid PH dan sempat berehat sebentar.


Pada jam 12.20am kami tiba di RNR Tapah.Buang apa yang patut, menghirup kopi dan mengisi perut yang berbunyi dari tadi. Selepas hampir 1 jam lebih membuang masa di RNR Tapah, kami meneruskan perjalanan dan jam 4.20am Alhamdulillah kami selamat tiba di Masjid Pengkalan Hulu. Masjid yang besar, selesa dan sangat bersih. Sempatlah kami berehat seketika sebelum azan subuh berkumandang. Nak sarapan pagi pun senang, kedai roti canai tu depan masjid je. Buka awal pagi jugak dalam pukul 7. Balai Polis Pengkalan Hulu pun tak jauh. Betul-betul belah kanan Masjid PH. Petronas pulak belah kiri Masjid PH. Strategik.

Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Perak



Pakcik dan abang ni pagi2 dah kalut tebar roti canai sebab geng kami awal2 pagi dah serbu mintak roti๐Ÿ˜†. Sampaikan makcik kantin pun pening ambik order air.  2 3 kali jugak la salah hantar air kat kitaorang ๐Ÿ˜†

Selesai je makan, 7.30am kami gerak ke Balai Polis PH untuk mengisi borang 'PERMOHONAN KEBENARAN UNTUK MASUK KENDERAAN  MAS KE THAI'. Borang ni perlu di isi oleh pemilik kereta sahaja (jika pemilik membawa salinan geran). Jika pemilik membawa geran asal, maka tak perlulah mengisi borang masuk kenderaan ni. Jika pemandu kereta membawa kereta bukan miliknya, perlu menulis surat kebenaran daripada pemilik kereta (contoh surat nanti boleh google je). Borang Kebenaran dan salinan geran yang telah di cop di Balai Polis ni sangat penting masa korang melalui imigresen MAS dan Thai nanti. Jadi, silalah simpan elok-elok.



5 minit sebelum pukul 8.00am kami mula bergerak menuju ke Kompleks Imigresen Bukit Berapit.



Disini nanti korang kena standby semua passport penumpang untuk di cop. Pastikan semua cermin tingkap kereta di buka semasa kereta melalui kaunter imigresen.

Lepas imigresen MAS, korang akan melalui Kastam MAS pulak. Lalu nanti perlu tunjukkan geran kereta asal atau salinan geran & Borang Keluar yang telah dicop Balai Polis PH tadi tu. Proses keluar Malaysia Alhamdulillah sangat mudah tapi proses nak masuk Thai memanglah banyak cekadak. Biasalah banyak karenah Birokrasi.


Sebelum masuk kawasan Thai (Selepas kastam Malaysia), korang boleh la singgah di kedai zon bebas cukai & bergambar di Memorial Tragedi Kroh/Betong. Ramai askar-askar kita yang telah terkorban dalam tragedi peperangan dengan komunis dulu.


Haaa.. bila korang dah masuk kawasan 'KINGDOM OF THAILAND' ni, harap korang ada kesabaran yang tinggi lah. Selamat membuang masa dan duit di sini ye๐Ÿ˜. Park kereta anda dan silalah beratur untuk cop passport dan mengisi borang 'Information of Conveyance' dan 'Passenger List' (sila rujuk contoh lampiran di bawah)


Di sinilah bermula nya masa dan duit korang terbang begitu saja. Kalau korang tak selit RM2 kat passport pun, dia tetap akan mintak. %$@#$* (maki dlm hati je)

  
Ni laa borang2 yang korang kena isi kat imigresen Thai ni. Borang 'Passenger List' tu mintak ngan kaunter 2 helai ye. Senang nanti balik ke MAS korang tak perlu buang masa isi benda yang sama. Nanti keratan resit yang kecik tu korang kena simpan baik-baik untuk tunjuk masa balik nanti.

Dah siap isi semua borang, korang kena beratur di kaunter 'CHECK IN'. Sila bawak passport, salinan geran dan borang2 tadi. Kat sini pun korang tak terlepas dari kena pau ngan jilaker. RM2-10 tu standby jelah. Kalau korang bernasib baik kena ngan staff yang tak makan duit harey, selamat la poket korang. Ahahahahaha. Baca lah Bismillah banyak kali moga korang berurusan dengan orang yang betul dan ikhlas. Kalau korang still pening, jangan malu2 tanya kt staff yang kehulu kehilir kt tepi2 tu. Cakap BM pn dorang faham. heee. Make sure 'Info of Convey; tu di cop kt kaunter ye!

Ok. Selesai urusan di imigresen Thai, korang boleh ambik kereta terus ke Custom Thai plak dan terus park kereta kt sana. Tuan kereta kena turun bawa geran kereta asal / salinan geran& borang keluar yang telah dicop Balai Polis PH tadi ke kaunter custom Thai. Kat sini nanti pun korang kena pau RM2. Jilakerr (maki dalam hati je). Nanti dia akan print 2 borang (Custom Declaration Form). 1 borang kita simpan, 1 lagi bagi dia dan dia minta kita sign di buku.



Fuhh.. selesai proses imigresen kastam Thai ni lebih kurang 2-3 jam jugaklah. hampeh. Tapi korang akan rase sekejap je sebab jam di Thailand adalah 1jam awal daripada jam di Malaysia๐Ÿ˜‚

Ok sampai sini dululah aku share dengan korang. Nanti perjalanan dari custom thai sampai la ke silipat aku akan sambung story aku di Part 2 ye..

So stay tuned!๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—
http://jejakagadisgunung.blogspot.com/2019/08/trip-gunung-silipat-betong-thailand-27.html






Saturday, 26 August 2017

TRIP ke GUNUNG KERUNAI KENDERONG & PULUT (K2 Pulut) - 2D1N 19.08-20.08.17

Assalamualaikum hikers semua..

Petang ni aku nak sharing perjalanan kami ke gunung K2 dan pulut selama 2 hari 1malam. Trip yg sedikit compress. Ahli yg join kali ni adalah seramai 7 orang iaitu AbgLong Slay (Sweeper), AbgBo (Guider), Hud, Syu, Fik, Mun & Awe.

Pada Jumaat malam, lebih kurang jam 10 mlm, kami berkumpul di Petronas Taman Melati. Trip kali ni sng,  tak perlu nak bawak beg bsr2 untuk letak ration sebab nanti kita akan naik 4wheel terus ke campsite. So aku letak segala macam ration dalam beg ikea je๐Ÿ˜….

Lebih kurang jam 11.30 malam, kami bertolak dari kedai mamak bintang7 dan sampai ke MRSM gerik,Perak dalam jam 430pagi. Nak ke starting point Gunung Pulut, korang kena masuk jalan kampung yg bersebelahan dengan MRSM gerik dalam 5 minit.

Starting point gunung pulut adalah jalan kebun. so korang blh park kereta kawasan situ la. Jalan ke gunung pulut adalah single trek. so x risau sangat kalau tersesat. Ni kt bawah aku share sikit tentatif dia๐Ÿ‘‡

10pm - 11pm (berkumpul di Petronas Taman Melati)
⚫ 1130pm (tayar bergolek ke Gerik)
⚫ Singgah di R&R Tapah utk tapau makan sarapan pagi di puncak pulut. (sdn bhd)
⚫ 5am sampai ke kaki gunung pulut (belakang MRSM Gerik)
⚫ 530am naik pulut & layan sunrise

Day 1 (19.07.2017)
5.30 am - start hike gng pulut
7.30 am - smpai gng pulut
8.15 am - mula turun ke starting point
9.30 am - sampai bawah dan siap2 ke rumah abg powil k2, naik powil dan ke kemsite , setup ground, fly bagai , solat bagi lapang dada dan makan bagi elak gastrik.


Kali ni, Pulut x belanja view sgt๐Ÿ˜“

Ni trek Gunung Pulut, nak turun pn kena beratur oi! Ahahaha hati2 geng. Trek berbatu ni kena byk sabaq sikit๐Ÿ™†

So next, bersiap2 ke rumah abg 4wheel yg terletak di kampung pahat, Gerik. Parking kereta kt rumah dia then angkat semua barang masuk dalam 4wheel. Sebelah rumah abg powil ada kedai, so blh la nak beli brg2 apa yang patut.


Lebih kurang dalam 1/2jam sampai kt campsite. so blh setup ground, fly bagai dan yg penting blh masak! Lapar oi




Kat campsite ni, dekat ngan water point (anak sungai) tapi xde byk sgt pokok. so kalau korg lambat & campsite yg kt atas dh penuh, so pandai2 korang la nk cari port utk pasang fly. Untuk gadis-gadis gunung, better korang bawak khemah la sng. Xpyh fikir pnjg dh..Ahahahaha

Lepas mkn solat semua tu, get prepare plak untuk ke Gunung Kerunai. Trek gunung kerunai ni panas sket. Better korang bawak byk air kalau xnk jd mcm aku terpaksa pau air team mates je sb kt sana xde water point. Sorry geng! Ahahaha Ni aku share sikit tentatif gunung kerunai๐Ÿ‘‡

3.00 pm - start naik gng kerunai
6.00 pm - sampai puncak kerunai, layan sunset, rest, maghrib dan start turun ke kemsite
9pm - smpai kemsite, dinner, solat, rest free n easy ๐Ÿ˜ด

Trek gunung kerunai kenderong ni lebih kurang mcm ni la. berbatu2. so kalau korg tak nak bergelongsor mcm buah nangka, pakai la kasut yg sesuai๐Ÿ˜…

Trek berbatu-batu

Dari Peak Kerunai, boleh nampak gunung kenderong kt sebelah..

Dah sampai kt peak, lega yg amat! Rase nk terus tido kt situ je. Ahahaha

So, Final destination yg di tunggu2! Gunung Kenderong๐Ÿ˜. View yg lawa gila kt ats sana. Berbaloi2๐Ÿ’•๐Ÿ’•

Make sure kalau blh kul 10pm korang dh tdo sebab awal pagi dh kena bangun! Kt bawah ni aku share sikit tentatif ke gunung kenderong๐Ÿ‘‡

Day 2 (20.07.2017)
2.00 am - calling ready for gunung kenderong
3.00 am - start hike (Trek mencanak katakauu)
5.00am - smpai kem solar. Rest dalam 15-20minit.
6.00 am - smpai puncak, rehat2, subuh, layan sunrise, swafoto
8.30 am - start turun (wajib). Kalau tak, hadap jela panas gila kt trek tu๐Ÿ˜‚
10.15 am - sampai kt kemsite. Prepare Lunch, zohor & kemas utk balik ke pangkal jalan. Sampah2 jgn lupa bwk balik skali๐Ÿ™Œ

Trek kenderong ni wajib pakai Glove sb trek dia berbatu2 dan byk tali yg kena pegang

Kt kem solar pn dh dpt view yg awesome mcm ni..apelagi korg nk?๐Ÿ˜


 Kt peak kenderong, view lawa xpyh ckp la.. melting!


Nak gmbr nmpk lawo, pandai2 la korg cari angle๐Ÿ™†





Segala jenis makanan time ni la korg blh lahap sepuasnye. Dpt mkn Maggi ngan air kopi panas2 pn dh heaven oi..Ahahaha

So.. sampai sini jela itinerary untuk trip gunung k2 dan pulut. Hopefully dgn itinerary JnGcommunity ni sedikit sebyk dpt membantu korang yg 1st time nak ke sini..
Jumpa lagi K2 pulut. InsyaAllah ktorg dtg lagi untuk ke Papulut! ๐Ÿ˜



Alhamdulillah, Trip kali ni berjalan dengan lancar. Jam 3pm kami bertolak keluar dari campsite & lebih kurang jam 10pm sampai di KL (ni dh tolak masa rest, solat kt RnR Tapah). Keesokkannya semua geng demam g kerja.. Ahahaha sehati sejiwa bak ang!
Next trip geng?๐Ÿ‘ฃ