Petang ni aku nak sharing perjalanan kami ke gunung K2 dan pulut selama 2 hari 1malam. Trip yg sedikit compress. Ahli yg join kali ni adalah seramai 7 orang iaitu AbgLong Slay (Sweeper), AbgBo (Guider), Hud, Syu, Fik, Mun & Awe.
Pada Jumaat malam, lebih kurang jam 10 mlm, kami berkumpul di Petronas Taman Melati. Trip kali ni sng, tak perlu nak bawak beg bsr2 untuk letak ration sebab nanti kita akan naik 4wheel terus ke campsite. So aku letak segala macam ration dalam beg ikea je😅.
Lebih kurang jam 11.30 malam, kami bertolak dari kedai mamak bintang7 dan sampai ke MRSM gerik,Perak dalam jam 430pagi. Nak ke starting point Gunung Pulut, korang kena masuk jalan kampung yg bersebelahan dengan MRSM gerik dalam 5 minit.
Starting point gunung pulut adalah jalan kebun. so korang blh park kereta kawasan situ la. Jalan ke gunung pulut adalah single trek. so x risau sangat kalau tersesat. Ni kt bawah aku share sikit tentatif dia👇
10pm - 11pm (berkumpul di Petronas Taman Melati)
⚫ 1130pm (tayar bergolek ke Gerik)
⚫ Singgah di R&R Tapah utk tapau makan sarapan pagi di puncak pulut. (sdn bhd)
⚫ 5am sampai ke kaki gunung pulut (belakang MRSM Gerik)
⚫ 530am naik pulut & layan sunrise
Day 1 (19.07.2017)
5.30 am - start hike gng pulut
7.30 am - smpai gng pulut
8.15 am - mula turun ke starting point
9.30 am - sampai bawah dan siap2 ke rumah abg powil k2, naik powil dan ke kemsite , setup ground, fly bagai , solat bagi lapang dada dan makan bagi elak gastrik.
Kali ni, Pulut x belanja view sgt😓
Ni trek Gunung Pulut, nak turun pn kena beratur oi! Ahahaha hati2 geng. Trek berbatu ni kena byk sabaq sikit🙆
Kat campsite ni, dekat ngan water point (anak sungai) tapi xde byk sgt pokok. so kalau korg lambat & campsite yg kt atas dh penuh, so pandai2 korang la nk cari port utk pasang fly. Untuk gadis-gadis gunung, better korang bawak khemah la sng. Xpyh fikir pnjg dh..Ahahahaha
Lepas mkn solat semua tu, get prepare plak untuk ke Gunung Kerunai. Trek gunung kerunai ni panas sket. Better korang bawak byk air kalau xnk jd mcm aku terpaksa pau air team mates je sb kt sana xde water point. Sorry geng! Ahahaha Ni aku share sikit tentatif gunung kerunai👇
3.00 pm - start naik gng kerunai
6.00 pm - sampai puncak kerunai, layan sunset, rest, maghrib dan start turun ke kemsite
9pm - smpai kemsite, dinner, solat, rest free n easy 😴
Trek gunung kerunai kenderong ni lebih kurang mcm ni la. berbatu2. so kalau korg tak nak bergelongsor mcm buah nangka, pakai la kasut yg sesuai😅
Trek berbatu-batu
Dah sampai kt peak, lega yg amat! Rase nk terus tido kt situ je. Ahahaha
So, Final destination yg di tunggu2! Gunung Kenderong😍. View yg lawa gila kt ats sana. Berbaloi2💕💕
Make sure kalau blh kul 10pm korang dh tdo sebab awal pagi dh kena bangun! Kt bawah ni aku share sikit tentatif ke gunung kenderong👇
Day 2 (20.07.2017)
2.00 am - calling ready for gunung kenderong
3.00 am - start hike (Trek mencanak katakauu)
3.00 am - start hike (Trek mencanak katakauu)
5.00am - smpai kem solar. Rest dalam 15-20minit.
6.00 am - smpai puncak, rehat2, subuh, layan sunrise, swafoto
8.30 am - start turun (wajib). Kalau tak, hadap jela panas gila kt trek tu😂
6.00 am - smpai puncak, rehat2, subuh, layan sunrise, swafoto
8.30 am - start turun (wajib). Kalau tak, hadap jela panas gila kt trek tu😂
10.15 am - sampai kt kemsite. Prepare Lunch, zohor & kemas utk balik ke pangkal jalan. Sampah2 jgn lupa bwk balik skali🙌
Kt kem solar pn dh dpt view yg awesome mcm ni..apelagi korg nk?😍
Nak gmbr nmpk lawo, pandai2 la korg cari angle🙆
Segala jenis makanan time ni la korg blh lahap sepuasnye. Dpt mkn Maggi ngan air kopi panas2 pn dh heaven oi..Ahahaha
So.. sampai sini jela itinerary untuk trip gunung k2 dan pulut. Hopefully dgn itinerary JnGcommunity ni sedikit sebyk dpt membantu korang yg 1st time nak ke sini..
Jumpa lagi K2 pulut. InsyaAllah ktorg dtg lagi untuk ke Papulut! 😍
Alhamdulillah, Trip kali ni berjalan dengan lancar. Jam 3pm kami bertolak keluar dari campsite & lebih kurang jam 10pm sampai di KL (ni dh tolak masa rest, solat kt RnR Tapah). Keesokkannya semua geng demam g kerja.. Ahahaha sehati sejiwa bak ang!
Next trip geng?👣